Kedai, rumah hangus dijilat api di Kampung Baru, tiada mangsa cedera

15 May 2025 • 2:13 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh Muhammad Haziq Roshidi

SHAH ALAM, 15 MEI: Sebuah kedai dan sebuah rumah separa kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Baru pagi tadi namun tiada mangsa dilaporkan cedera, menurut Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur.

Komander Operasi, Penguasa Kanan Bomba II Mohamad Riduan Akhyar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.15 pagi sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dengan bantuan BBP Sentul dan Jalan Tun Razak.

“Operasi membabitkan kekuatan 23 anggota bersama jentera FRT, LFRT dan FRV,” katanya dalam kenyataan.

image is not available
Keadaan sebuah rumah terbakar di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 15 Mei 2025. Foto Facebook Yuri Azhar Mazlan

Sebaik tiba di lokasi, pihak bomba mendapati sebuah kedai bersaiz 30×80 kaki persegi terbakar 100 peratus manakala sebuah rumah berkeluasan 40×50 kaki persegi musnah 80 peratus.

Pihaknya turut memberitahu, seramai sembilan mangsa berjaya diselamatkan dan tiada sebarang kecederaan berlaku.

Kebakaran berjaya dikawal pada 7.41 pagi dan dipadamkan sepenuhnya sejam kemudian. Punca kejadian masih dalam siasatan.