Bomba selamat empat pemancing terperangkap kejadian air deras

12 Dec 2024 • 10:24 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

IPOH, 12 DIS: Sepasukan bomba menyelamatkan empat individu yang terperangkap dalam kejadian air deras ketika melakukan aktiviti memancing di bawah Jambatan Raja Permaisuri Bainun Sitiawan, pada awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.

“Empat mangsa terdiri dari dua lelaki dewasa dan dua perempuan dewasa terperangkap di bawah jambatan tersebut sewaktu sedang melakukan aktiviti memancing.

“Setibanya jentera di tempat kejadian, didapati paras air setinggi parah lutut dan air semakin naik dan deras,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata ketua operasi dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan kemudian membuat size up di lokasi dan mengarahkan anggota untuk menurunkan bot dari jeti yang berdekatan dan membuat penyelamatan.

Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, katanya.

— BERNAMA

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved