Bomba selamat wanita, bayi terperangkap banjir

6 Mar 2025 • 10:16 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pasukan bomba BBP Melaka Tengah menyelamatkan wanita dan bayinya selepas kediaman mereka di Taman Kesidang dinaiki air pada pagi Khamis.

image is not available
Anggota bomba ketika kerja-kerja menyelamatkan mangsa banjir di Lorong Pandan, Taman Kesidang di sini, pada pagi Khamis.

MELAKA - Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berjaya menyelamatkan seorang wanita dan bayinya yang terperangkap dalam banjir di Lorong Pandan, Taman Kesidang, di sini, pada pagi Khamis.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, PBK l, Abd Rahim Ismail, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan lebih kurang jam 8.15 pagi sebelum pasukan penyelamat digerakkan ke lokasi kejadian.

**media[3033539]**

Menurutnya, setibanya di tempat kejadian pada jam 8.24 pagi, pasukannya mendapati seorang wanita berusia 41 tahun bersama bayi lelaki berusia satu tahun terperangkap dalam kediaman yang dinaiki air.

"Kerja-kerja menyelamat disertai seramai 12 anggota termasuk anggota Fire Rescue Tender (FRT) dan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

"Pasukan penyelamat segera membawa dua beranak itu ke lokasi selamat," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.

Ujarnya, operasi menyelamat menghadapi sedikit kesukaran berikutan kesesakan lalu lintas di kawasan berhampiran, namun berjaya dihadapi dengan baik tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Tambahnya, setakat ini, keadaan banjir masih dipantau dan orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada serta segera menghubungi pihak berkuasa sekiranya memerlukan bantuan.