
KUDAT: Bomba di sini menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun selepas terkunci dan terperangkap di dalam kereta jenis Perodua Axia yang parkir bersebelahan Bank Simpanan Nasional di Pekan Kudat pada Selasa.
Berdasarkan maklumat Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, pihak bomba Kudat menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian menerusi talian balai pada jam 4.29 petang.
AdvertisementPasukan bomba seramai tujuh orang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II John Francis Andam yang tiba empat minit kemudian, bertindak membuka pintu kereta terkunci itu menggunakan peralatan khas dan mangsa berjaya diselamatkan seterusnya diserahkan kepada ahli keluarga.




