Dua cedera kereta masuk gaung di Tawau

LocalCars
25 Dec 2024 • 3:20 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Dua wanita dilaporkan cedera apabila kereta Proton Iriz yang dinaiki mereka terbabas sendiri lalu masuk ke dalam gaung sedalam empat meter di Jalan Ranggu, pada pagi Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Jemishin Ujin berkata, kedua-dua wanita berusia 31 dan 33 tahun itu mengalami kecederaan ringan.

Advertisement"Pasukan berjaya mengeluarkan mangsa daripada kenderaan mereka sebelum dihantar ke Hospital Tawau dengan Ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut,"katanya dalam kenyataan media, pada Rabu.

Terdahulu, katanya, sepasukan lapan anggota bersama dua jentera dikerah ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 7.40 pagi melalui MERS 999.

SPONSORED CONTENT Ford aims to boost its presence in Sabah, Sarawak The improved ride quality makes the Ranger more comfortable for passengers. Read more Menurutnya, jentera tiba di lokasi sejauh 16 kilometer (km) itu pada jam 7.57 pagi dan menamatkan operasi pada jam 8.19 pagi selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di tempat kejadian.