Bomba selamatkan dua remaja terperangkap di Sungai Kerayong, Ampang

17 Jan 2023 • 7:26 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menyelamatkan dua remaja yang terperangkap dalam kejadian di Sungai Kerayong, Taman Pandan Mewah di sini petang semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis (gambar) berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 5.29 petang sebelum menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, pasukan penyelamat mendapati terdapat dua remaja lelaki berusia lingkungan 15 tahun berada di tebing Sungai Kerayong dan terpisah sejauh 50 meter dengan air sungai sedalam 20 kaki,“ menurutnya dalam kenyataan malam semalam.

Difahamkan remaja terbabit ke sungai itu untuk memancing.

Norazam berkata anggota penyelamat membawa keluar kedua-dua remaja menggunakan tali dan tangga daripada jentera sebelum diserahkan kepada pihak keluarga. -Bernama