Bomba selamatkan kanak-kanak perempuan terkunci dalam kereta

17 Oct 2025 • 3:35 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun diselamatkan selepas terperangkap dalam sebuah kereta berkunci di Jalan Kastam Lama pada Rabu lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Sumsoa Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 3.56 petang.

Pasukan bomba terdiri daripada tujuh anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian menggunakan jentera dan kenderaan EMRS sebelum tiba kira-kira jam 4.03 petang.

“Sebaik tiba pasukan mendapati sebuah Isuzu Dmax terkunci secara tidak sengaja ketika diparkir di kawasan kedai berhampiran dengan seorang kanak-kanak perempuan tidak sedarkan diri berada di dalamnya.

“Anggota bertugas kemudiannya memecahkan cermin kereta untuk membawa keluar mangsa.

“Kanak-kanak terbabit berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital menggunakan kenderaan EMRS untuk rawatan lanjut,” katanya sambil menambah bahawa operasi tamat pada jam 4.25 petang.