Bomba selamatkan lelaki tersangkut pokok ketinggian 20 meter

19 Jul 2023 • 3:37 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki dipercayai kurang siuman nyaris maut selepas tersangkut pada dahan pokok setinggi 20 meter di Jalan Todak 4, Seberang Jaya di sini, semalam sebelum berjaya diselamatkan pihak bomba.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.08 pagi sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai terus ke lokasi kejadian.

“Ketika pihak bomba tiba di lokasi, terdapat seorang lelaki dipercayai kurang siuman berada di atas pokok pada ketinggian kira-kira 20 meter dan kami menjalankan kerja-kerja menyelamat bagi membawa turun mangsa dengan menggunakan tangga milik jentera bomba.

“Lelaki itu berjaya diturunkan dalam keadaan yang baik sebelum diserahkan kepada polis dan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi menyelamat mangsa tamat sepenuhnya pada 9.36 pagi.

Video kejadian itu turut tular di media sosial dan berdasarkan rakaman tersebut, lelaki berkenaan dipercayai ditemui tersangkut di atas pokok dalam keadaan tanpa seurat benang. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved