
RANAU: Mayat wanita warga emas yang hilang sejak Isnin lalu ditemukan tersangkut pada dahan pokok di sungai Kampung Tampios, di sini Khamis lepas.
Minggui Belinting, 80, ditemukan pada jam 7.21 pagi oleh penduduk kampung yang kemudian menghubungi pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Simiun Lomudin, berkata siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersendirian di Kampung Tinanom.
Katanya, kali terakhir mangsa dilihat keluar rumah untuk mencari sayur kampung ialah pada sekitar jam 10 pagi di mana dia meminta cucunya yang tinggal berhampiran rumahnya menyidai pakaian.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more “Sehingga petang, mangsa masih tidak pulang ke rumah dan keesokan paginya, cucunya bersama penduduk mencari mangsa di sekitar kawasan kampung namun tidak menemuinya.
“Cucu mangsa melaporkan kehilangan neneknya di Balai Polis Ranau,” katanya.
Menurut Simiun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudian diaktifkan pada jam 8 pagi keesokan harinya di lokasi kejadian.
“Pada pukul 7.21 pagi Khamis, mangsa ditemukan meninggal dunia di sungai Kampung Tampios.
“Mayat mangsa kemudian dikeluarkan dari sungai itu oleh pasukan penyelamat yang dianggotai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Sukarelawan (Rela),” katanya.
Menurutnya, kes itu diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR).
Operasi ditamatkan pada jam 11.20 pagi.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
