Sebuah rumah, tiga kenderaan musnah dalam kebakaran

LocalCars
2 Jun 2025 • 9:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebuah rumah dan tiga kenderaan musnah dalam kebakaran di Kampung Teluk Ketapang, Kuala Nerus pada petang Isnin. Gambar hiasan

KUALA NERUS - Sebuah rumah dan tiga kenderaan musnah dalam kebakaran di Kampung Teluk Ketapang di sini pada Isnin.

Komander Operasi Pegawai Bomba Tinggi II Mohd Shahril Abd Halim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 6.31 petang dan seramai 15 anggota beserta dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kejadian menyebabkan sebuah rumah separuh kekal musnah seratus peratus, sebuah kereta Citroen terbakar 50 peratus serta dua motosikal jenis Honda Wave dan Honda C70 juga musnah 100 peratus.

"Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan berwaspada ketika melakukan sebarang aktiviti di rumah yang boleh mencetuskan kebakaran memandangkan keadaan cuaca panas ketika ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved