Bomba Sipitang tangani 5 kes aduan kecemasan

6 Aug 2025 • 12:32 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Ahmad Apong

SIPITANG: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang menerima lima panggilan kecemasan dalam tempoh tiga hari sepanjang minggu lalu melibatkan operasi menangkap ular sawa, memusnahkan sarang tebuan dan pokok tumbang.

Ketua BBP Sipitang Calvin Joe Jeafery berkata panggilan pertama diterima pada Jumaat kira-kira jam 10.59 pagi melibatkan penemuan seekor ular sawa sepanjang empat meter yang bersembunyi di dapur rumah seorang penduduk di Taman Wawasan Fasa Baru.

“Dua anggota bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi sebelum mendapati seekor ular sawa berada di bawah dapur gas rumah pemanggil. Pasukan bertugas kemudiannya menangkap ular tersebut menggunakan alat penjerut,” katanya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Sebelum itu katanya satu panggilan diterima pada Khamis jam 11.27 pagi melibatkan seekor anak ular sawa yang berada di bawah tilam bilik tidur pemanggil di Kampung Pantai Lama.

Menurut beliau anggota bomba berjaya menangkap ular berkenaan menggunakan alat penjerut sebelum dilepaskan semula ke hutan simpan berhampiran.

Dalam pada itu pada Rabu jam 6.58 petang bomba menerima satu panggilan dari salah seorsng Kampung Pasir mengenai dua sarang tebuan berhampiran rumah penduduk.

“Kita bertindak memusnahkan dua sarang tebuan menggunakan racun aerosol.

“Selain itu, terdapat aduan mengenai sebatang pokok tumbang yang menghalang laluan awam di Kampung Pelakat Skim.

“Sepasukan anggota bomba dikerahkan ke lokasi dan bertindak memotong pokok berkenaan bagi melancarkan semula aliran trafik,” katanya.

Sementara itu satu lagi insiden melibatkan seekor anak ular sawa turut berlaku pada Rabu jam 8.49 malam di Kampung Pantai di mana reptilia itu ditemui di tepi tilam bilik tidur pemanggil sebelum ditangkap dan dilepaskan ke hutan simpan.