Bomba tangkap ular sawa seberat 100 kg baham kambing

29 Jun 2026 • 5:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bomba tangkap ular sawa seberat 100 kg baham kambing
JBPM) berjaya menangkap seekor ular sawa seberat lebih 100 kilogram selepas reptilia itu membaham seekor kambing di Kampung Batu Papan. Gambar hiasan

GUA MUSANG - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menangkap seekor ular sawa seberat lebih 100 kilogram selepas reptilia itu membaham seekor kambing di Kampung Batu Papan, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata haiwan sepanjang kira-kira 4.57 meter itu ditangkap ketika berada di dalam kandang kambing berkenaan.

"Pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 10.33 pagi tadi, sebelum satu unit jentera dengan kekuatan empat anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Ular berkenaan ketika itu berada di dalam kandang selepas membaham seekor kambing dan kita mengambil masa 10 minit untuk menangkap reptilia tersebut," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Beliau berkata ular sawa itu kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut. - Bernama

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved