Bomoh Ini Cabul Pesakit, Kononnya Merawat Akibat Terkena Sihir!

LocalPolitics
4 Feb 2025 • 2:18 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
remaja

Seorang bomoh muda berusia 20 tahun ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan kes amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Kemaman, Terengganu pada 31 Januari lepas.

Menurut laporan Kosmo, suspek ditahan pada 10.30 malam keesokan harinya selepas ibu mangsa membuat laporan polis dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Kemaman, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin.

Mangsa dakwa dirawat kerana disihir

image is not available

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika suspek kononnya sedang merawat kanak-kanak tersebut yang dipercayai disihir.

Perbuatan berlaku di rumah mangsa pada pukul 1 pagi, 31 Januari lalu.

Mangsa kemudian mengadu kepada ibunya sebelum laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman pada pukul 2.58 petang keesokan harinya.

Suspek ada rekod jenayah lampau!

image is not available

Menurut pihak polis, semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau melibatkan kes rogol. Walau bagaimanapun, ujian air kencing menunjukkan dia negatif dadah.

Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 14(d) akta sama.

Mangsa juga akan menjadi kanak-kanak pertama yang menggunakan perkhidmatan Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) Dungun, yang baru dibuka.

#OhmediaNasihat

Ibu bapa dinasihatkan agar lebih berhati-hati dalam memilih individu yang menawarkan perkhidmatan rawatan alternatif. Pastikan mereka benar-benar dipercayai dan elakkan membiarkan anak kecil bersendirian dengan orang yang tidak dikenali.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


The post

appeared first on

.