
TAWAU: Seorang pemandu bot pelancong dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan dikenakan tiga kali sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen di sini, kerana melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun, yang sedang menunggu kelas bacaan Al-Quran bermula.
Salleh Abd Halil, 39, mengaku bersalah di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya, melakukan perbuatan itu dengan menyentuh anggota badannya dengan maksud seksual.
AdvertisementKesalahan itu berlaku di Balai Raya bersebelahan Masjid Nurul Hidayah Kg Bangau-Bangau, Semporna, jam 8 malam pada 21 April, 2024.
Bapa kepada dua anak, yang kini dijaga mertuanya selepas bercerai dengan isterinya, turut diperintahkan menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan dan juga menjalani pengawasan polis selama tiga tahun selepas selesai menjalani hukuman.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga disebat, jika sabit kesalahan.
Menurut fakta kes, kejadian berlaku ketika bapa mangsa (pengadu) dan mangsa pergi ke masjid itu untuk menunaikan solat Isyak dan selepas itu, pengadu pergi ke rumah kawannya di Lorong C Kg Bangau-Bangau, manakala, mangsa mengikuti kelas bacaan Al-Quran di masjid tersebut.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Sementara menunggu kelas bermula, mangsa bermain dengan rakannya di perkarangan masjid sebelum Salleh mengangkatnya dan membawanya ke balai raya di sebelah masjid, selepas rakan mangsa beredar.
Dia kemudiannya melakukan amang seksual terhadap mangsa di balai raya tersebut.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Pada masa sama, guru mengaji mangsa sedang mencari mangsa untuk memulakan kelas Al-Quran dan menjenguk sebentar ke dalam balai raya, namun tidak menyedari kehadiran Salleh dan mangsa kerana keadaan gelap.
Guru mangsa kemudiannya menghubungi ibu kanak-kanak itu kerana hairan apabila melihat mangsa sedang mengaji dalam masjid seorang diri dan mengalirkan air mata sedangkan mangsa seorang periang.
Mangsa memaklumkan kejadian menimpanya kepada ibunya apabila dia pulang ke rumah.
Semasa mitigasi, Salleh yang tidak diwakili, merayu hukuman lebih rendah.
Tetapi, Timbalan Pendakwa Ray, Batrisyia Mohd Khushri memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap Salleh sebagai pengajaran kepadanya dan orang lain agar tidak melakukan perbuatan sama.
Batrisyia menegaskan mangsa merupakan seorang kanak-kanak yang sepatutnya dilindungi dan maruahnya perlu dipertahankan oleh orang dewasa.
