Bonda Rozita Bela Anjing K9 Demi Keselamatan Ladang, Patuh Garis Panduan Agama - “Selepas Uruskan, Suami Akan Mandi Air Tanah Sertu…”

23 Jul 2025 • 10:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Usahawan dan pengasas jenama kecantikan tersohor, Rozita Ibrahim memaklumkan dia kini membela dua ekor anak anjing jenis K9 yang lazimnya digunakan oleh pihak berkuasa dalam operasi pencarian dan keselamatan.
 

K9 untuk jaga ladang

Menerusi satu perkongsian di media sosial, Rozita atau lebih mesra dipanggil Bonda menjelaskan tujuan utama memelihara haiwan tersebut adalah untuk menjaga keselamatan kawasan ladang miliknya yang terletak di puncak hutan.

“Pelihara anjing untuk tujuan keselamatan dan ladang yang luas dipuncak hutan.  Anjing jenis ini sangat taat setia dan menjaga tuannya.

“Bonda bukan buat untuk tujuan nak gomol-gomol macam orang Inggeris dan dan cara samak juga kena tahu. Kena ambil lesen anjing K9 Germen Sherpherd,” maklumnya.
 

Dilatih individu berkelayakan

Dalam pada itu, Bonda turut mendedahkan haiwan itu akan dilatih oleh individu berkelayakan agar dapat menjalankan tugas menjaga ladang dengan berkesan.

“Kami beli dua ekor. Bukan sekadar anjing dia adalah lambang keberanian yang tidak boleh digugat. Besar bagai serigala. 

“Penyayang, penjaga yang baik. Ia adalah anjing yang digunakan polis dan fru dalam tujuan siasatan dadah pembunuhan ataupun mengejar suspek.

“Itulah anjing K9 yang sangat cerdik dan kuat. Inddy dan Izzy, baru lapan minggu dan beratnya 14kg.

“Bonda minta orang asli jagakan. Saya beli puppys dan proses melatih ada orang yang akan ajar,” jelasnya.

 

Ada sijil ketururnan & cip micro

Menariknya, Bonda turut memaklumkan bahawa kedua-dua anjing peliharaannya itu mempunyai sijil keturunan rasmi sekali gus membuktikan ketulenan baka mereka. 

Malah, langkah keselamatan tambahan turut diambil apabila setiap anjing dilengkapi cip mikro (mikrochip) bagi mengelakkan risiko kecurian.

“Anjing yang saya beli ini ada sijil keturunannya, sekiranya ada orang nak curi, di dalam badan anjing ini ada microchip.

“Anjing jenis ini sangat taat setia dan menjaga tuannya. Pesan Dr Dev yang jual anjing ni, beri dia minum ais waktu tengah hari.

 

“Mandikan dia pakai shampoo baby, hairdryer atau blower bulunya. Sebulan sekali diberikan susu kambing dan juga daging yang direbus,” kongsinya.

 

 

 

 

Patuhi garis panduan agama

Bagaimanapun bonda turut menjelaskan, meskipun suaminya dilihat menyentuh haiwan tersebut namun mereka mematuhi tuntutan agama dengan melakukan mandi sertu (samak) setiap kali selesai menguruskan atau menyentuh anjing-anjing tersebut.

“Untuk menjinakkan, anjing-anjing ini diajak jalan atau jogging untuk dia kenal kawasan, kenal isu rumah. K9 suka bermain bola setakat hari ni.

“Selepas menguruskan K9 dalam 2 jam setiap hari, suami saya akan mandi air tanah sertu (kalau dia pegang)

“Anjing K9 sangat garang dan kalau orang asing masuk kawasan boleh mati kena gigit, dia tak lepas,” jelasnya.

 

Berikut merupakan perkongsian penuh bonda: