Bonda Rozita Hadiahkan Anak Jam Rolex, Hanya Ada Satu Sahaja Di Dubai – “Susah Susah Beranak, Takkan…”

24 Aug 2025 • 12:45 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Usahawan terkenal, Bonda Rozita menghadiahkan anak perempuannya jam berjenama mewah semasa bercuti di Dubai bersama anak-anak dan cucu-cucunya.

Menerusi TikTok, Rozita berkongsi video ketika mereka berkunjung ke pusat beli belah di bandar itu dan singgah ke butik Chanel membeli beg tangan buat anak bongsunya, Maryam Nur Amani.

Mereka kemudian ke premis jam tangan mewah, Rolex dan Rozita menghadiahkan anak perempuannya seorang lagi, Nur Ain Sufiya jam yang dikatakan hanya ada seutas sahaja di Dubai.

Terharu, Ain kemudian memeluk ibunya mengucapkan terima kasih selepas menerima hadiah istimewa berkenaan.

Dalam pada itu, Rozita juga berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membiarkan wang ringgit dan kekayaan merosakkan diri mereka.

Bagi saya yang penting jangan bergaul dengan orang yang tak betul. Susah-susah beranak takkan nak jadi anak yang tak baik? Kekayaan jangan merosakan kamu.

@jrm.official Congrats on your gifts, Ain & Maryam!! Wanna trade y’alls Rolex & Chanel woth my Charmello Dark Chocolate tak? Bolehla. Charmello pun mahal apa #fyp @Bonda Rozita Ibrahim ♬ original sound – JRM Holistik

Menjengah ruangan komen, ramai netizen tumpang gembira dengan Ain dan berkata dia anak yang bertuah kerana dapat merasa kemewahan dimiliki ibunnya.

Segelintir individu pula berseloroh dan berkata mereka mahu menjadi anak dan cucu angkat kepada Rozita.

image is not available 2025-08-14 17:32:25

Bonda Rozita Hadiahkan 2 Blok Rumah Teres Untuk Staf-Staf, Netizen Tergamam - "Tak Rugi Kongsi Rezeki.."