Bongkah Konkrit Terjatuh Dari Treler, Pemandu Proton Saga Terselamat

LocalCars
20 Sep 2024 • 4:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Seorang wanita bernasib baik kerana terselamat selepas bongkah konkrit dari sebuah treler terjatuh ke atas kereta dipandunya sebelum terbakar di Jalan Mambau-Seremban 2, Seremban, sebentar tadi.

Ketika kejadian, wanita berusia 31 tahun memandu kereta Proton Saga FLX dan dalam perjalanan menghala ke Seremban.

Namun sebaik tiba di satu selekoh, bongkah batu dari sebuah treler tiba-tiba terjatuh menghempap keretanya.

image is not available

Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Ahmad Khomeini Kamarudzaman berkata, pemandu treler yang menyedari kejadian itu, segera membantu mengeluarkan mangsa sebelum Proton Saga itu terbakar.

“Wanita itu dilaporkan hanya cedera ringan,” katanya.