Bonnie Bunyau Hadiahkan Emas Buat Negara Dalam Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para Di Dubai

3 Mar 2024 • 10:04 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bonnie Bunyau sekali lagi raih emas buat negara

Bonnie Bunyau Hadiahkan Emas Buat Negara Dalam Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para Di Dubai. Dilaporkan, jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin sekali lagi mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila beliau muncul juara di Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para Dunia 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), pada Jumaat.

Juara Paralimpik Tokyo 2020 berkenaan telah meraih pingat emas bagi kategori 72 kilogram (kg) menerusi angkatan terbaiknya seberat 218kg pada percubaan ketiga, menurut laman sesawang World Para Powerlifting www.paralympic.org/powerlifting.

image is not available
Kredit gambar: FB Majlis Sukan Negara Malaysia

Angkatan 216kg pada percubaan kedua

Pada percubaan Bonnie yang pertama, atlet berusia 24 tahun kelahiran Sarawak itu berjaya melakukan angkatan seberat 210kg kemudian diikuti 216kg pada percubaan kedua dalam kejohanan tersebut.

Persaingan antara 11 peserta pada kejohanan berkenaan menyaksikan atlet dari Great Britain, Mark Swan melakukan angkatan 213kg dan Hu Peng (211kg) dari China masing-masing meraih perak dan gangsa.

Ini merupakan pingat emas ketiga Bonnie dalam kejohanan berprestij itu selepas memenanginya pada dua edisi pada 2021 masing-masing di Dubai dan Bangkok, Thailand.

Pencapaian cemerlang sepanjang menceburi bidang Para Powerlifting, ketahui lebih lanjut mengenai Bonnie Bunyau di sini: