Bonnie Pecah Rekod Dunia Lagi

25 Aug 2023 • 12:57 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bonnie Pecah Rekod Dunia Lagi

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) — Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin terus mencipta sensasi dengan memecah rekod dunia miliknnya sendiri bagi kategori lelaki atas 72 kilogram (kg) dalam Kejohanan Dunia Para Powerlifting di Dubai pada Khamis.

Bonnie mengangkat bebanan 231kg pada percubaan ketiga, sekali gus memperbaharui rekod dilakarnya sebelum ini iaitu 230kg ketika saingan Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai ke-11 pada Jun 2021.

Catatan dilakukan atlet kelahiran Sarawak itu semalam jauh meninggalkan pencabar terdekatnya dari Itali, Donato Telesca yang merangkul perak dengan angkatan 202kg.

Pingat gangsa pula menjadi milik wakil Uzbekistan, Bekzod Jamilov menerusi angkatan 200kg.

Kejohanan yang membuka tirai sejak Rabu lepas akan berakhir 30 Ogos ini.

 

Imbas kembali, Bonnie mencipta sejarah apabila memperoleh pingat emas pertama negara dalam sukan itu di kejohanan Paralimpik Tokyo 2020.

Kejayaan atlet tersebut disifatkan sebagai hadiah kepada negara sempena hari kebangsaan.

Bonnie menewaskan pencabar terdekat Mahmoud Attia dari Mesir di tempat kedua, 191kg selepas berjaya memecah rekod Paralimpik dengan mengangkat berat 228kg.

Manakala di tempat ketiga, adalah Micky Yule dari Great Britain di tempat ketiga (182 kg).

“Ini sememangnya kenangan yang manis buat saya dan juga untuk menghadiahkan sempena Hari Kebangsaan kita.

“Pingat ini memang sangat penting untuk saya memandangkan ini kemunculan pertama saya dan telah buat persembahan yang terbaik,” katanya.

Sumber: Malaysisports/Instagram, Awani

The post Bonnie Pecah Rekod Dunia Lagi appeared first on Siakap Keli.