RCI Tabung Haji: Bonus kakitangan TH tinggi, tak wajar

LocalBusiness & Finance
29 Jul 2026 • 10:03 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: RCI Tabung Haji: Bonus kakitangan TH tinggi, tak wajar

PETALING JAYA – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji mendapati terdapat pembayaran bonus yang tinggi kepada kakitangan Lembaga Tabung Haji (LTH) dalam keadaan isu kewangan dihadapi LTH.

Semakan suruhanjaya mendapati, kadar bonus yang diberikan kepada kakitangan LTH adalah amat tinggi pada tahun 2010 hingga 2017.

“Kadar bonus yang diberikan adalah antara dua hingga 13 bulan termasuk bonus tahunan dan bonus khas.

“Suruhanjaya berpendapat, mengambil kira isu kewangan dihadapi oleh LTH bermula pada tahun 2014 hingga 2017 di mana nilai aset adalah lebih rendah daripada
lialibiliti seperti yang dilaporkan dalam penyata kewangan tahunan dan diakui oleh Jabatan Audit Negara.

“Ini membuktikan bahawa pemberian bonus dengan jumlah yang tinggi oleh LTH adalah tidak wajar,” menurut laporan berkenaan.

Katanya, suruhanjaya mengambil maklum bermula tahun kewangan 2018 hingga sekarang, pemberian bonus kepada kakitangan telah dikawal mengikut kemampuan kewangan LTH. – KOSMO! ONLINE

The post RCI Tabung Haji: Bonus kakitangan TH tinggi, tak wajar appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved