Laporan RCI: TH Sepatutnya Rugi RM1.4 Bilion Pada 2017

LocalBusiness & Finance
30 Jul 2026 • 12:26 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Laporan RCI: TH Sepatutnya Rugi RM1.4 Bilion Pada 2017

Laporan RCI: TH Sepatutnya Rugi RM1.4 Bilion Pada 2017

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) sepatutnya merekodkan kerugian bersih RM1.4 bilion bagi tahun kewangan 2017 berbanding keuntungan sebanyak RM3.4 bilion seperti yang dilaporkan dalam penyata kewangannya, menurut dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Laporan RCI yang diterbitkan malam ini menyatakan jika piawaian Malaysian Financial Reporting Standards (MFRS) diguna pakai sepenuhnya bagi tahun kewangan 2017, TH sepatutnya merekodkan kerugian bersih berkenaan sekali gus menunjukkan kedudukan kewangan institusi itu sudah berada dalam keadaan kritikal pada tahun tersebut.

Menurut laporan itu, dapatan tersebut mengesahkan beberapa perkara yang dilaporkan oleh PricewaterhouseCoopers (PwC) menerusi semakan kewangan terhadap kedudukan TH bagi tempoh 2014 hingga 2017, termasuk wujudnya jurang defisit antara aset dan liabiliti sejak 2014.

Laporan itu memaklumkan PwC mendapati TH tidak melaksanakan rosot nilai terhadap pelaburan dalam syarikat bersekutu, pelaburan dan pembiayaan kepada anak syarikat dan instrumen pendapatan tetap selain tidak memenuhi piawaian FRS 140 berkaitan kejatuhan nilai saksama bagi pelaburan hartanah.

Turut dinyatakan TH bagi tahun kewangan 2017 telah mengagihkan keuntungan (hibah) tanpa mengambil kira impak daripada rosot nilai dan kejatuhan nilai saksama pelaburan selain telah merekodkan pendapatan dividen daripada anak syarikat walaupun dividen tersebut tidak dibayar kepada TH.

Laporan itu turut mengenal pasti beberapa faktor yang menyumbang kepada krisis kewangan TH antaranya pembayaran hibah yang tinggi, kreatif dalam amalan perakaunan, ketidaktegasan Ketua Audit Negara, penambahan visi TH sebagai tonggak ekonomi ummah dan peningkatan tanggungan Bantuan Kewangan Haji (HAFIS).


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved