Borak Foto Episod 8 - Kreativiti Dalam Kewartawanan Foto

1 Aug 2022 • 8:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anggota Jabatan Imigresen melakukan perbarisan lintas hormat semasa Sambutan Hari Imigresen 2022 yang bertemakan ‘Transformasi Digital Asas Kecemerlangan’ di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya - Gambar Bernama

Kreativiti di dalam fotografi amat diperlukan lebih-lebih lagi ia mudah dihasilkan ketika zaman fotografi digital sekarang.

Rakaman tanpa batas dan olahan serta suntingan boleh dilakukan dengan mudah dan cepat untuk menjadikan imej yang dihasilkan lebih kreatif.

Namun, bagi seorang jurufoto berpengalaman, kreativiti mampu dihasilkan terus dari kamera disebabkan mereka mampu mengolah rakaman sebelum memetik butang pengatup.

image is not available
Seorang anggota Jabatan Imigresen rebah semasa perbarisan Sambutan Hari Imigresen 2022 yang bertemakan ‘Transformasi Digital Asas Kecemerlangan’ di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya - Gambar Bernama

Bagi seorang jurufoto akhbar pula, mungkin tidak ramai yang mampu menghasilkan imej-imej kreatif semasa tugasan ekoran ia memerlukan kecepatan dalam menghasilkan tugasan, namun ada yang mampu melakukannya dan mereka dianggap ‘rare’.

Tetapi, hasil rakaman itu tidak semua dapat diterima masyarakat luar kerana ia kelihatan pelik.

Borak Foto episod lapan kali ini akan membincangkan mengenai kenapa seorang jurufoto akhbar itu mahu menghasilkan imej-imej yang kreatif daripada tugasan harian mereka.

Audio siar Borak Foto ini dihos dan diterbitkan Ketua Unit Visual Petra News, Mohd Hazli Hassan (Bobo) manakala kejuruteraan audio dilakukan Ethan Phoon. - Getaran, 1 Ogos 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved