Borneo Music Festival 2022 Buat Pertama Kalinya Diadakan Di Kuching, Tiket Dijual Mulai 6 Julai Ini

4 Jul 2022 • 1:45 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jom sama-sama meriahkan Borneo Music Festival tahun ini!

Borneo Music Festival 2022 Buat Pertama Kalinya Diadakan Di Kuching, Tiket Dijual Mulai 6 Julai Ini. Borneo Music Festival 2022 dibawakan eksklusif oleh Amazing Aurora Entertainment, bakal berlangsung pada 9 dan 10 September tahun ini di Kampung Budaya, Kuching, Sarawak.

Ini merupakan Borneo Music festival secara langsung pertama yang bakal mengutamakan persembahan muzik lokal dan juga hiburan tempatan!

image is not available
Borneo Music Festival 2022 Buat Pertama Kalinya Diadakan Di Kuching, Tiket Dijual Mulai 6 Julai Ini. Sumber foto: @BMFL2022

Ramai artis terkenal dunia dari lebih enam negara

Selain itu, festival ini juga bakal menghimpunkan ramai artis terkenal dunia dari lebih enam negara dengan menyatukan genre muzik berbeza di satu plstform yang sama.

Festival ini bakal mempersembahkan artis-artis hebat seperti Alan Walker, DJ SODA, DJ Alexis Grace, DJ Ice Cream, DJ Chacha, DJ MYVAX, DJ Paul, Nicole Chen, DJ X Factor, DJ Venom C dan Moski Love, Rynn Lim, ThomasJack dan Priscilla Abby, At Adau dan Tuku ‘Kame’.

image is not available
Sumber foto: @BMFL2022

Penjualan tiket dibuka pada tarikh 6 Julai ini

Penjualan tiket bagi Borneo Music Festival tahun ini akan dibuka pada tarikh 6 Julai ini, jam 12.00 pm. Apa yang lagi menarik adalah, anda berpeluang memperoleh diskaun jika anda membeli tiket awal iaitu potongan 10% pada 6 dan 7 Julai ini!

Untuk maklumat lanjut dan juga pembelian tiket untuk Borneo Music Festival ini, anda boleh ke www.excitix.com.my.

Cepat dapatkan tiket anda sekarang!

Lagi di sini cerita menarik buat anda: