Bos Bagi Cuti 2 Minggu Untuk Tonton Piala Dunia Di Qatar, Peminat Bola Sepak Jepun Viral

Entertainment
26 Nov 2022 • 3:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jika baru-baru ini penyokong Jepun di Piala Dunia 2022 di Qatar menjadi tumpuan selepas mereka beramai-ramai mengutip dan membersihkan sampah di stadium selepas perlawanan bola antara Qatar dan Ecuador berakhir, kini seorang lagi peminat bola sepak dari negara matahari terbit itu menjadi tular.

Peminat bola sepak dari Jepun itu mendapat perhatian ramai setelah dia memegang sign atau kertas yang bertulis ‘Dear My Boss, Thank You For My 2 Weeks Off‘ ketika sedang menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia.

image is not available

Peminat bola sepak tersebut telah mengucapkan terima kasih kepada bos syarikatnya yang meluluskan cutinya agar dia dapat ke Qatar untuk menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia selama dua minggu.

Gelagat peminat bola sepak itu sempat dirakam oleh jurukamera dan gambarnya telah dikongsikan menerusi akaun Twitter rasmi FIFA World Cup.

Dalam gambar berkenaan, dapat dilihat peminat bola sepak itu juga telah memegang bendera negara Jepun.

Rata-rata netizen juga memuji bos peminat bola sepak terbabit kerana telah meluluskan cuti pekerjanya itu.

Ya la kan, susah kot nak dapat bos yang memahami kita kan.

image is not available

Tweet dan gambar peminat bola sepak itu berterima kasih kepada bosnya telah meraih sehingga 24 ribu Retweets dan hampir 150 ribu likes daripada pengguna Twitter.

Difahamkan, lelaki tersebut dipercayai merupakan pekerja di syarikat NTTeast kerana akaun Twitter syarikat tersebut telah membalas Tweet FIFA berkenaan dengan reply seperti berikut.

Menurut salah seorang netizen lain, syarikat NTT East merupakan salah satu syarikat yang terbesar di Jepun.

Menurut carian di Google, syarikat itu merupakan syarikat fiber optic internet services.

Apa-apa pun, memang bagus orang atasan syarikat ni. Beruntung betul kalau kita dapat bos yang memahami macam ni kan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.