Bos Tak Luluskan Cuti, Wanita Meninggal Dunia Selepas Terpaksa Bekerja Ketika Sakit – “Didiagnos Radang Usus Besar”

LocalPolitics
18 Sep 2024 • 11:38 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang wanita yang bekerja di sebuah syarikat di Samut Prakan, Thailand dilaporkan meninggal dunia selepas terpaksa bekerja ketika kesihatannya tidak mengizinkan.

Kematiannya mencetuskan kemarahan ramai selepas satu pendedahan mendakwa punca wanita terbabit meninggal dunia adalah kerana majikan menafikan cuti sakit yang dimohon.

Difahamkan, wanita itu telah mengadu kepada rakannya tentang kesukaran untuk mengambil cuti sakit kerana sudah mengambilnya sebelum ini.

Perbualan antara wanita terbabit dan rakannya di aplikasi Line telah tular selepas dikongsikan oleh akaun Facebook Isnin lalu.

image is not available

Menurut rakan, wanita berusia 30 tahun itu telah didiagnos dengan radang usus besar dan telah dimasukkan ke hospital dari 5 hingga 9 September.

image is not available

image is not available

Kerana masih belum sembuh, dia meminta untuk melanjutkan cuti sakit dari 10 hingga 12 September namun pihak syarikat menuntut sijil cuti sakit (MC) sebelum meluluskan cutinya.

Takut dibuang kerja, wanita itu tetap pergi bekerja namun hanya selepas 20 minit mula kerja dia rebah dan dihantar ke hospital.

image is not available

Bagaimanapun, dia meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Pak Nam pada Ahad, 15 September.

Pihak berkuasa memaklumkan akan menyiasat kes itu dan mengambil maklumat lanjut tentang rawatan wanita itu daripada hospital.

Sementara itu, bapa wanita itu, Amarin, 55, berkata anak perempuannya meninggal dunia akibat kolitis ulseratif, dan menambah bahawa dia bekerja keras untuk menyara keluarganya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

10 Tahun Bekerja Tak Pernah Dibayar Gaji, Hanya Diberikan Tempat Tinggal & Makan Minum - Bekas Pekerja GISBH