Warga emas menangis, isteri ‘pergi’ selepas 72 tahun hidup bersama

18 Sep 2024 • 3:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
warga emas menangis

Seorang warga emas menangis apabila isteri tercinta meninggal dunia pada 17 Julai lalu selepas 72 tahun hidup bersama.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Irni Ismail, dapat dilihat warga emas tersebut tidak dapat menahan kesedihan ketika proses pengebumian isterinya di tanah perkuburan.

@irn.ism

RINDU. Al Fatihah buat Neneknda tersayang #SelfieWithNini

♬ original sound - Irni Ismail

Dalam perkongsian tersebut, Irni yang dipercayai cucu kepada warga emas tersebut tidak mendedahkan punca kematian neneknya itu namun, berharap datuknya terus tabah menghadapi ujian hidup.

Warga emas menangis

image is not available

image is not available

“Nini Laki (atuk) 92 tahun, kehilangan isteri tercinta pasangan hidupnya Nini Bini (nenek) yang berusia 90 tahun pada hari Rabu, 11 Muharram 1446H/ 17 Julai 2024.

“Mereka telah hidup bersama selama 72 tahun, semoga Nini Laki tabah menghadapi dugaan dan diberi kekuatan serta kesabaran melalui baki kehidupan selepas ini.

“Al Fatihah untuk seluruh indung-indung kitani (ibu bapa kami) yang telah kembali ke rahmatullah,” katanya yang dipercayai berasal dari Brunei

Warga emas menangis

image is not available

72 tahun hidup bersama, bukan mudah untuk terima kehilangan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati terhadap warga emas tersebut yang kehilangan insan tercinta setelah melalui pelbagai suka duka bersama.

image is not available image is not available

Salam takziah

Dalam pada itu, ramai menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga arwah dan berharap arwah ditempat dalam kalangan orang-orang beriman.

image is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @Irni Ismail