Bose Lifestyle Collection Dilancarkan Dengan Speaker, Soundbar dan Sub

TechnologyDigital
6 May 2026 • 4:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bose Lifestyle Collection Dilancarkan Dengan Speaker, Soundbar dan Sub

Bose Lifestyle Collection dilancarkan semalam dengan ia adalah koleksi ekosistem speaker yang terdiri daripada sebuah pembesar suara, soundbar dan subwoofer. Kita mulakan dengan pembesar suara Lifestyle Ultra Speaker yang terdiri daripada tiga pemandu audio iaitu dua di depan dan satu lagi di bahagian atas untuk pengalaman audio spatial. Ia boleh berfungsi bersendirian atau dipadankan dengan sebuah lagi Lifestyle Ultra Speaker untuk pengalaman audio stereo.

Image from: Bose Lifestyle Collection Dilancarkan Dengan Speaker, Soundbar dan Sub

Lifestyle Ultra Soundbar pula ialah speaker untuk TV dengan sokongan audio saluran 5.1.2. Ia menyokong audio Dolby Atmos serta boleh disambungkan kepada peranti menggunakan Apple AirPlay atau Google Cast.

Image from: Bose Lifestyle Collection Dilancarkan Dengan Speaker, Soundbar dan Sub

Akhir sekali ialah Lifestyle Ultra Subwoofer yang direka untuk dipadankan dengan Lifestyle Ultra Soundbar dan Lifestyle Ultra Speaker bagi menawarkan pengalaman audio saluran 7.1.4 Dolby Atmos sepenuhnya.

Bose Lifestyle Collection akan dijual bermula 15 Mei dengan harga di bawah di Amerika Syarikat. Harga jualan Malaysia belum lagi diumumkan.

  • Lifestyle Ultra Speaker – $299 (~RM 1181)
  • Lifestyle Ultra Soundbar – $1,099 (~RM 4339)
  • Lifestyle Ultra Subwoofer – $899 (~RM 3550)
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved