Cermin Mata Pintar Huawei AI Glasses Dilancarkan Dengan Kamera dan Bateri 12 Jam

TechnologyDigital
21 Apr 2026 • 9:41 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Cermin mata pintar Huawei AI Glasses dilancarkan semalam dengan ia hadir dengan kamera terbina, speaker dan juga sistem kecerdasan buatan (AI) yang terkini. Seperti kesemua cermin mata pintar di pasaran sekarang ia direka untuk ditambat kepada sebuah telefon pintar.

image is not available

Dua rekaan Huawei Glasses ditawarkan iaitu satu dengan bingkai plastik manakala satu lagi dengan bahagian bawah bingkai diperbuat daripada titanium. Sebuah kamera 12MP diletakkan pada bahagian hadapan bingkai dengan ia boleh melakukan rakaman video 1920 × 1440 pixel. 30FPS dan gambar  4096 × 3072 pixel. Kamera turut mempunyai sistem EIS.

image is not available

Ini dipadankan dengan speaker stereo dan bateri sebesar 252 mAh yang memberikan hayat penggunaan sehingga 12 jam. Cermin mata dicas semua dalam masa 45 minit menggunakan sambungan bermagnet pada tangkai kanan.

Terdapat storan sebesar 64GB dengan kesemua kandungan cermin mata bolah dipindahkan ke telefon menggunakan aplikasi Huawei AI Glasses. Cermin mata adalah seberat antara 44-48.3 gram bergantung kepada lensa dengan tubuh melepasi piawaian IP54.

image is not available

Pada tangkai kiri terdapat butang khusus untuk menyeru AI sementara di tangkai kanan pula terdapat butang untuk mengambil gambar serta pad sesentuh mengawal audio lengkap dengan sokongan mengesan tatalan.

Harga jualan untuk Huawei AI Glass ialah RMB 2499 (~RM 1448) untuk versi bingkai plastik dan RMB 2899 (RM 1679) untuk bingkai titanium.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved