Bose Ultra Open Earbuds Disenaraikan Di Malaysia Pada Harga RM1,499

TechnologyDigital
4 Mar 2024 • 1:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bose Ultra Open Earbuds telah dilancarkan pada Februari lalu sebagai fon telinga terbuka dengan rekaan seakan anting-anting. Semakan menerusi beberapa laman e-dagang mendapati ia sudah mula disenaraikan dengan harga jualan RM 1,499 seunit.

image is not available

Bose Ultra Open Earbuds menggunakan rekaan unik yang nampak seperti anting-anting apabila digunakan di telinga. Ia juga dilengkapi teknologi OpenAudio untuk pengalaman audio lebih baik, diikuti juga teknologi Bose Immersive Audio untuk sokongan spatial audio.

image is not available

Turut diberikan ialah butang kawalan pelbagai fungsi sama ada untuk main balik, menjeda, melangkau dan menyesuaikan kelantangan audio. Tambatan pantas boleh dibuat melalui bluetooth 5.3, yang juga boleh disambungkan ke pembesar suara pintar Bose terpilih melalui teknologi Bose SimpleSync.

image is not available

Bateri disertakan boleh bertahan sehingga 19.5 jam dengan bantuan pod pengecas dan kalis air IPX4. Penggunaan bersama aplikasi Bose Music amat disarankan untuk penyesuaian audio lebih peribadi dengan tetapan EQ yang boleh diubah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved