Bose Ultra Open Earbuds Diumumkan Secara Rasmi

TechnologyDigital
16 Feb 2024 • 2:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bose Ultra Open Earbuds ialah fon telinga terbuka dengan rekaan seakan anting-anting. Ia dibangunkan khusus buat mereka yang mahu peka terhadap keadaan sekeliling meskipun sedang mendengar muzik. Pada awalnya hanya rekaan dan sebahagian ciri sahaja yang dikongsi. Namun kini diumumkan secara rasmi beserta spesifikasi penuh dan harga.

image is not available

Fon telinga ini disediakan dalam dua pilihan warna iaitu Black dan White Smoke. Di samping menawarkan tubuh yang ringan untuk keselesaan berpanjangan. Ia juga dilengkapi teknologi OpenAudio, yang menurut Bose membolehkan bunyi di hantar terus ke telinga pengguna untuk pengalaman audio berkualiti tinggi. Diikuti pula dengan teknologi Bose Immersive Audio untuk sokongan spatial audio.

image is not available

Pengguna turut boleh mengawal fon telinga melalui satu butang pelbagai fungsi, sama ada untuk main balik, menjeda, melangkau, menyesuaikan kelantangan audio dan banyak lagi. Penggunaan bersama aplikasi Bose Music amat disarankan untuk penyesuaian audio lebih peribadi dengan tetapan EQ yang boleh diubah.

image is not available

Tambatan pantas boleh dibuat melalui bluetooth 5.3, yang juga boleh disambungkan ke pembesar suara pintar Bose terpilih melalui teknologi Bose SimpleSync. Bateri disertakan pula boleh bertahan sehingga 7.5 jam sekali cas, atau meningkat 19.5 jam dengan bantuan pod pengecas. Ia juga kalis air IPX4 dan dijual dengan harga $299 (~RM1,427) sepasang.