Bot bawa 10,000 liter diesel terbakar di Kompleks Perikanan LKIM

15 Dec 2025 • 12:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan sebuah bot di Kompleks Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Endau. -Foto JBPM Johor
image is not available
Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan sebuah bot di Kompleks Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Endau. -Foto JBPM Johor

MERSING - Sebuah bot yang membawa10,000 liter diesel terbakar ketika berlabuh di Kompleks Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Endau di sini pada Sabtu.

Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Alias Hussin berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima pada jam 5.01 petang.

**media[3371940]**

Jelasnya, seramai lima anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kebakaran tersebut memusnahkan kira-kira 80 peratus bot berkenaan. Kebakaran dapat dika dan operasi memadam kebakaran tamat pukul 6.20 petang.

"Punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan kerana ketika kejadian tiada mangsa yang terbabit.