Bot kargo pembekal barang bersubsidi ditahan

LocalPolitics
24 Jan 2025 • 4:12 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot kargo pembekal barang bersubsidi ke Pulau Sebatik selepas disyaki melanggar syarat sah membawa muatan petroleum di perairan Tanjung Batu sekitar jam 8.30 malam, Isnin lepas.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot tersebut yang dikendalikan tiga lelaki warga tempatan berusia 33 hingga 45 tahun membawa muatan petrol dan diesel di dalam tong drum dianggarkan 10,600 liter dan 411 tong gas LPG.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Menurutnya, pemeriksaan dokumentasi ke atas bot berkenaan turut mendapati, terdapat perlanggaran peraturan ketika membawa muatan petroleum dan tong gas LPG dengan mengabaikan aspek keselamatan.

“Bot kargo tersebut diiring ke Jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk disiasat di bawah Akta Perkapalan Saudagar (MSO) 1952,” katanya dalam kenyataan media, pada Khamis.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Katanya, nilai rampasan termasuk bot kargo dianggarkan sekitar RM136,000.

Mengulas lanjut, beliau berkata aspek keselamatan perlu dititikberatkan oleh pengusaha bot, terutamanya ketika membawa muatan berbahaya seperti produk petroleum, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Terdahulu, beliau berkata, hasil maklumat risikan, bot ronda Maritim Malaysia yang menjalankan Op Pluto Timur dan Op Tiris diatur gerak bagi menahan dan memeriksa bot kargo berkenaan yang bergerak dari perairan Tanjung Batu menuju ke perairan Sebatik.

Dalam pada itu, Shahrizan menyeru komuniti maritim agar menghubungi pihaknya sekiranya terdapat sebarang salah laku jenayah berlaku di sekitar perairan Tawau, menerusi talian Pusat Operasi Zon Maritim Tawau (089- 752116) dan talian kecemasan 999.