Bot nelayan langgar syarat lesen ditahan

3 Sep 2025 • 3:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah vesel nelayan kerana melanggar syarat lesen ketika rondaan di perairan Kunak, Isnin.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali, berkata bot nelayan bilis itu ditahan kira-kira jam 11.55 pagi di timur Pulau Timbun Mata menerusi Op Pluto Timur dan Op Tiris.

Vesel berkenaan dikendalikan seorang lelaki tempatan bersama empat kru warga Filipina berusia antara 17 hingga 25 tahun, serta didapati membawa kira-kira 8kg hasil tangkapan.

“Hasil pemeriksaan lanjut menemui dua kesalahan iaitu menangkap ikan pada jarak kurang dari 1.0 batu nautika dari pantai, yang menyalahi Akta Perikanan 1985, dan gagal melaporkan pertukaran juragan, iaitu satu kesalahan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah,” katanya. Dzulfikhar berkata, vesel terbabit bersama kru dan hasil tangkapan telah dibawa ke jeti Maritim Lahad Datu untuk tindakan lanjut, sambil memberi amaran bahawa tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana vesel yang melanggar syarat lesen.

Beliau turut menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berhubung jenayah maritim atau kecemasan melalui WhatsApp ke Pusat Operasi Maritim Lahad Datu di talian 016-9305727 atau MERS 999.