Lelaki Berjaya Diselamatkan Selepas 6 Hari Hanyut Di Laut

23 Aug 2025 • 10:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lelaki Berjaya Diselamatkan Selepas 6 Hari Hanyut Di Laut

Seorang lelaki diselamatkan selepas enam hari hanyut di perairan Sanya, wilayah Hainan di China seorang diri, lapor The Standard.

Mangsa yang berada di dalam bot getah telah ditemui oleh seorang nelayan dalam keadaan yang sangat lemah.

Rakaman video ketika detik penyelamatan itu telah dimuat naik di media sosial pada Isnin lalu dan menjadi tular.

Menurut nelayan yang dikenali sebagai Chan, dia dan kapten bot mendengar jeritan meminta tolong ketika berada di perairan itu sekitar jam 3 petang. Tidak menunggu lama, mereka menghampiri mangsa dan menariknya ke atas bot mereka.

Mangsa yang merupakan seorang penduduk Guangxi memberitahu bahawa botnya karam semasa dibawa arus dari arah Lingshui.

Chan mengaitkan kelangsungan hidup lelaki itu dengan hujan baru-baru ini, sambil menyatakan mangsa kelihatan sangat kurus dan kulitnya juga mengelupas.

“Dia hanya mampu menuturkan dua ayat sebelum rebah kerana keletihan,” kata Chan.

Chan kemudian menghubungi Pasukan Pengawal Pantai China untuk mendapatkan bantuan dan mangsa seterusnya dibawa ke hospital untuk rawatan.

Pihak berkuasa tempatan melaporkan mangsa mengalami dehidrasi tetapi tidak mengancam nyawa. Namun, dia masih tidak sedarkan diri sepenuhnya dan pemeriksaan lanjut sedang dijalankan untuk menilai keadaannya dengan menyeluruh.

https://www.facebook.com/reel/2631771287167629

Sumber: The Standard,