
LABUAN: Dua pemuda dikhuatiri hilang selepas bot yang dinaiki mereka untuk keluar memancing ditemukan terapung tanpa anak kapal berdekatan jeti Kiamsam awal pagi Ahad.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan memberitahu Bernama operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan bagi mencari mangsa dikenali sebagai Yasin Omar, 20, dan Mohd Shah Nazmin, 19.
Katanya dua pemuda itu berlepas dari jeti tersebut 6 petang Ahad lepas dan ketika berita ini ditulis, tiada maklumat berhubung keberadaan mereka.
Menurut jurucakap itu, anggota keluarga dan rakan mangsa yang sedang menunggu khabar daripada mereka telah membuat laporan polis 10.18 pagi Isnin.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Petugas kami dengan segera melancarkan operasi SAR secara komprehensif, menggunakan kombinasi aset dan sumber daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan unit Polis Marin untuk memastikan pencarian meliputi kawasan yang luas di mana dua pemancing itu kali terakhir dilihat,” katanya.
Ketika ini, tinjauan Bernama mendapati anggota keluarga, rakan dan komuniti setempat turut bersama-sama memberi sokongan dan bantuan kepada pasukan SAR.
Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan dua lelaki itu digesa supaya tampil membantu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
