
PETALING JAYA: Seramai 16 orang termasuk 14 pelancong Korea Selatan terkandas kira-kira empat jam selepas bot yang dinaiki tersangkut pada pokok nipah di Sungai Bolong, Tuaran malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira 9.30 malam ketika bot terbabit membawa pelancong yang terdiri daripada sembilan wanita dan empat lelaki dewasa bersama seorang lagi kanak-kanak lelaki serta dua jurupandu bot.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohd Abd Qawie Abdul Gapar, berkata mereka menerima panggilan berhubung kejadian pada 9.50 malam sebelum menghantar 10 anggota ke lokasi.
Katanya, tempat kejadian itu terletak sejauh tujuh kilometer dari BBP Tuaran.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more “Kita memindahkan semua pelancong dan jurupandu bot ke tebing sungai menggunakan bot penduduk kampung sebelum menyerahkan kepada syarikat pelancongan bertangunggjawab untuk tindakan lanjut,” katanya menurut Sinar Harian.
Abd Qawie berkata semua mangsa disahkan selamat.
“Operasi kemudiannya ditamatkan pada 12.57 tengah malam selepas bomba memastikan tiada bahaya lain di lokasi,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
