Bot terkandas, 27 PATI dan awak-awak tempatan diberkas

16 Oct 2026 • 7:37 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bot terkandas, 27 PATI dan awak-awak tempatan diberkas

KANGAR – Cubaan menyeludup masuk 27 pendatang asing tanpa izin (PATI) gagal selepas bot gentian kaca yang dinaiki mereka terkandas ketika air surut di perairan Pantai Kurung Tengar, Kuala Perlis pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, kesemua 27 warga asing termasuk tekong bersama seorang awak-awak bot warga tempatan diberkas Maritim Malaysia (APMM) selepas cuba melarikan diri ke daratan.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Kepten Maritim Zainudin Mohd. Zuki berkata, bot Benteng 1207 yang menjalankan operasi berdasarkan maklumat risikan berterusan mengesan sebuah bot bergerak laju dalam keadaan mencurigakan di kawasan pesisir pantai Perlis.

“Bot suspek kemudian terkandas di kawasan perairan cetek kira-kira 0.7 batu nautika dari Pantai Kurung Tengar ketika air surut.

“Semasa dihampiri, individu di dalam bot bertindak terjun ke dalam lumpur separas paha dan cuba melarikan diri ke pantai sebelum kesemuanya berjaya ditahan pasukan serbuan darat,” katanya.

Tambah Zainudin, individu yang diberkas terdiri daripada 21 warga Bangladesh, empat warga Myanmar, dua warga Thailand dan seorang warga tempatan dipercayai berperanan sebagai awak-awak bot.

“Tekong bot terbabit dianggarkan berusia lingkungan 30-an, manakala nilai rampasan bot bersama enjin dianggarkan bernilai RM150,000,”ujarnya,-KOSMO! ONLINE

 

The post Bot terkandas, 27 PATI dan awak-awak tempatan diberkas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved