Amerika usir 12 PATI ke Burundi

WorldPolitics
15 Oct 2026 • 10:51 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Amerika usir 12 PATI  ke Burundi

WASHINGTON – Seramai 12 pendatang tanpa izin (PATI) dihantar oleh Amerika Syarikat(AS) ke Burundi Ogos lalu di bawah program penghantaran  warga asing ke negara ketiga, kata sumber keselamatan Burundi kepada AFP semalam, mengesahkan maklumat peguam AS.

Pentadbiran Presiden Donald Trump menandatangani perjanjian dengan negara Amerika  Latin, Afrika dan rantau Pasifik untuk menerima warga asing yang tidak boleh diusir secara sah ke negara asal mereka.

Antara negara termiskin  dunia, Burundi menandatangani perjanjian dengan Washington pada Februari 2026, demikian menurut memo diplomatik yang dilihat oleh AFP, tidak termasuk pesalah ‘jenayah berat’.

Tiada pampasan kewangan dinyatakan, tetapi perjanjian itu dilaporkan dirundingkan bersama  pemulihan bantuan kesihatan, kata seorang pegawai kanan keselamatan Burundi yang enggan namanya didedahkan dan enggan memberikan butiran lanjut.

Kumpulan pemantau hak asasi Human Rights Watch (HRW) melaporkan, 12 orang dari Angola, Cameroon, Mauritania dan Sudan  tiba di Burundi pada 27 Ogos lalu, memetik peguam imigresen AS, Alma David.

Mereka  ditempatkan di bawah pengawasan ejen perisikan di sebuah vila besar di kawasan kejiranan mewah Kinindo di bandar Bujumbura, kata kedua-dua sumber.

“Semua imigran ini enggan dihantar pulang ke negara asal mereka kerana mengamalkan gaya hidup homoseks,” kata pegawai keselamatan itu.

Hasil siasatan yang diterbitkan pada September lalu oleh konsortium Forbidden Stories menganggarkan bahawa seramai 25,000 orang telah diusir di seluruh dunia di bawah program tersebut. – AFP 

 

The post Amerika usir 12 PATI ke Burundi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved