‘Boyak’ Mengganas, Kerajaan Bakal Bina Satu Lagi Taman Buaya Di Sarawak

29 Mar 2023 • 1:34 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kelibat buaya dijumpai merata tempat!

Boyak‘ Mengganas, Kerajaan Bakal Bina Satu Lagi Taman Buaya Di Sarawak. Hampir 100 permit untuk memusnahkan buaya di Sarawak telah dikeluarkan, kata Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Datuk Len Talif Salleh.

Namun begitu, beliau berkata walaupun pemusnahan buaya dibenarkan di negeri itu, pengurangan jumlah buaya adalah tidak signifikan dan ini bermakna bahawa populasi buaya masih banyak.

image is not available
‘Boyak’ Mengganas, Kerajaan Bakal Bina Satu Lagi Taman Buaya Di Sarawak. Kredit: Borneo Post

“Kerana populasi buaya di Sarawak semakin bertambah, kami telah menurunkan Konvensyen Dagangan Antarabangsa Spesies Fauna dan Flora liar yang Terancam (CITES) dari Jadual 1 ke Jadual 2.

Kulit dan daging buaya pun dah boleh didapati di pasaran!

“Ini bermaksud sebelum ini, kami tidak dapat menangkap dan membunuh buaya, dan menjual daging atau kulit buaya sama ada untuk pasaran tempatan atau untuk eksport.

“Tetapi setelah kami menurunkannya (CITES) dari Jadual 1 ke Jadual 2, mana-mana buaya yang ditangkap dan dibunuh boleh dijual ke pasaran tempatan dan luar negara,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Wisma Sumber Alam di sini semalam.

image is not available

Len Talif diminta mengulas tentang kemunculan buaya di tempat awam seperti jalan dan longkang akhir-akhir ini.

Ini merupakan inisiatif dari Kerajaan Sarawak

Berkenaan dengan perkara yang berkaitan, beliau berkata sebagai satu cara untuk mengurangkan bilangan kes serangan buaya terhadap manusia dan pada masa yang sama, untuk mengekalkan usaha pemuliharaan, kerajaan negeri merancang untuk mempunyai program taman buaya.

Beliau berkata beberapa bahagian sungai di mana jumlah buaya yang tinggi telah dikenalpasti sebagai kawasan yang mungkin boleh diubah menjadi taman perlindungan untuk spesies tersebut.

image is not available

“Taman perlindungan sedemikian akan benar-benar di luar batasan untuk mana-mana anggota orang awam. Kami telah mengenalpasti sungai-sungai dan bahagian yang akan dibuat sebagai taman perlindungan.

“Kami akan memindahkan buaya-buaya liar ke taman-taman perlindungan ini supaya mereka tidak menjadi bahaya kepada orang awam,” katanya.

Baca lagi artikel menarik: