“Boys Will Be Boys”- Aksi Sekumpulan Lelaki Berdiri Depan Kedai Tengok ‘Game’ Lawan Buat Ramai Terhibur [Video]

Gaming
24 May 2024 • 3:44 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ketika kecil setiap kanak-kanak pastinya mempunyai impian untuk memiliki alat kawalan permainan seperti Play Station di rumah.

Namun disebabkan harga yang mahal dan tidak berkemampuan ramai yang hanya bermain di rumah rakan, kedai menjual permainan video, cyber cafe dan banyak lagi.

Malah adakalanya kita juga dapat melihat situasi di mana kanak-kanak khususnya budak lelaki akan berdiri di kedai permainan video sambil melihat orang lain bermain.

Gelagat sekumpulan lelaki tengok ‘game lawan-lawan’ undang perhatian

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video memaparkan gelagat sekumpulan lelaki sedang menonton permainan lawan-lawan di sebuah kawasan awam sehingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @Joshuasasela, kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai menjual alat eletronik UR dipercayai di Indonesia.

Awalnya kelihatan pihak kedai berkenaan telah memainkan video permainan lawan-lawan dipercayai Tekken 8 menerusi sebuah televisyen yang diletakkan di hadapan pintu masuk premis berkenaan.

Siap ada yang bawa anak kecil dalam stroller

Namun apa yang mencuri tumpuan ramai apabila dilihat ramai para lelaki termasuk kanak-kanak telah berkumpul di hadapan televisyen berkenaan untuk menonton perlawanan tersebut.

Malah ada juga yang sedang membawa anak kecil di dalam kereta sorong (stroller) tidak melepaskan peluang apabila berdiri di hadapan televisyen itu untuk menonton perlawanan berkenaan.

Bukan hanya itu, mereka juga tidak mengendahkan orang ramai yang sedang lalu-lalang di belakang dek kerana terlalu asyik menonton video perlawanan tersebut.

Ramai turut terhibur dan terkenang zaman kecil

Melihat di ruangan komen, gelagat kumpulan lelaki yang asyik menonton perlawanan tersebut turut membuatkan ramai terhibur.

Malah ramai para lelaki yang turut mengaitkan situasi itu mengingatkan mereka ketika di zaman kecil.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan mereka pernah ditinggalkan ibu bapa kerana terlalu leka melihat orang bermain permainan video semasa pergi ke pusat membeli belah.

“Dulu masa kecil tengok orang main game ni lah dekat pusat beli belah sampai kena tinggal”

image is not available

“Teringat masa kecil suka main game dekat Play Station 2”

image is not available

“Dari stroller sampai ke tua”

image is not available