BPI: Bekalan cukup, tidak perlu buat pembelian panik

6 Oct 2023 • 1:50 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Pengarah Kawalan Padi dan Beras Sabah Abd Alim Multazam mengingatkan pengguna di Sabah supaya tidak panik membeli susulan penurunan harga beras putih import (BPI) bermula Khamis.

Beliau berkata tiada masalah dengan bekalan BPI di negeri ini, dan memberi jaminan pengguna tidak akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan beras pada harga baharu itu.

“Sebelum ini pernah berlaku pembelian panik di mana pengguna tiba-tiba membeli antara tiga hingga lima bungkus beras sekali gus. Kita menasihatkan pengguna supaya tidak panik, membeli satu atau dua bungkus beras bagi setiap keluarga sudah memadai.

“Kami akan memantau bekalan beras dengan rapi bagi memastikan ia terus didapati di pasaran,” katanya kepada media selepas meninjau harga dan bekalan beras bersubsidi di beberapa pasar raya sekitar bandar raya ini.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Ab Alim berkata tidak semua harga BPI diturunkan, tetapi mereka sudah meminta pemborong memaklumkan kepada peruncit untuk menetapkan harga baharu.

“Ini mungkin dilakukan dalam sehari dua,” katanya sambil mencadangkan peniaga mengehadkan sementara pembelian BPI bersubsidi bagi mengelak sebarang gangguan.

Dilaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju melaksanakan empat langkah intervensi tambahan bagi mengatasi isu bekalan beras di negara ini.

Bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan bersetuju memberi subsidi RM950 satu tan untuk BPI mulai Khamis (5 Okt), membolehkan BPI diperoleh pada harga runcit RM31 setiap 10kg.

Sementara itu, pengguna melahirkan rasa gembira dengan penurunan harga BPI dan menyifatkan langkah itu sangat membantu perbelanjaan mereka.

Mohd Iskandar Abdul Kamal, 55, dari Kinarut, berkata: “Alhamdulillah, harga telah diturunkan. Saya bersyukur kerana ia sudah tentu meringankan beban kami sebagai pengguna.

Semoga harga ini kekal dan jangan sampai kita melakukan pembelian panik.”

Suri rumah Laina Teawa, 39, dari Putatan, berkata membeli beras untuk keluarga besar dengan harga tinggi hampir RM40 setiap pek 10 kg memaksa mereka mencatu beras.

“Bila harga turun, Alhamdulillah. Saya benar-benar bersyukur. Wang yang dijimatkan dari membeli beras kini boleh digunakan untuk membeli barangan runcit lain,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.