Tindakan jika tidak jual BPI ikut harga subsidi

6 Oct 2023 • 1:50 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Tindakan tegas akan dikenakan kepada pemborong dan peruncit yang gagal menjual beras putih import (BPI) 5 peratus mengikut harga subsidi yang telah diumumkan kerajaan berkuatkuasa 5 Oktober.

Ketua Cawangan Kawalselia Padi dan Beras Sandakan, Mohd Saiful Nizam Adnan berkata tindakan tegas tersebut termasuklah menarik lesen ataupun mengenakan tindakan undang-undang.

“Semua maklum bahawa harga subsidi bagi beras putih import yang baharu kini berkuatkuasa 5 Oktober, saya percaya masih terdapat stok yang lama dengan harga lama dalam simpanan peniaga.

“Namun, kami syorkan dan nasihatkan untuk turunkan harga beras putih import itu mengikut arahan kerajaan iaitu di bawah RM31. Jika terdapat peniaga yang menjual beras putih import dengan mahal kemungkinan tiada pembeli sebab harga beras subsidi telahpun diedarkan di pasaran,” katanya.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Beliau ditemui media selepas menjalankan pemantauan beras di beberapa lokasi sekitar Sandakan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan, pada Khamis.

Terdahulu, Ketua Pengarah Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood melalui kelulusan Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian subsidi beras putih import 5 peratus kepada Negeri Sabah.

Beras putih import 5 peratus yang diberikan harga subsidi adalah Beras Super 5 peratus Anggur Biru, Beras Super TWR 5 peratus (Roda) dan Beras VWR 5 peratus.

Difahamkan KPB Cawangan Sandakan akan melaksanakan pemantauan secara berterusan sama ada di peringkat bandar ataupun luar bandar bersama KPDN Cawangan Sandakan.

Mohd Saiful berkata, pemantauan ini diharap membantu pengguna mendapat harga beras putih import dengan harga yang lebih murah serta mengelakkan peniaga melakukan sebarang pencatutan.

Sementara itu, Ketua Cawangan KPDN Sandakan, Azdy John, menasihati pengguna supaya tidak membuat pembelian panik kerana harga ini adalah berterusan dan stok beras juga mencukupi.

Azdy juga berkata, pengguna boleh menyalurkan aduan rasmi kepada Pejabat Kawalselia Padi dan Beras terdekat mengenai sebarang pelanggaran undang-undang berkaitan aktiviti pengeluaran beras ataupun kekurangan bekalan beras di sesuatu kawasan.

“Kalau ada aduan, jangan tularkan di media sosial dahulu sebab itu bukan saluran yang betul, buatlah aduan melalui saluran yang betul,” katanya.

Dalam pada itu, Azdy turut memberitahu bahawa pemberian harga subsidi bagi beras putih import 5 peratus ini memberi impak positif untuk aktiviti Jualan Rahmah.

“Untuk makluman, saya telah bermesyuarat bersama penjual untuk Jualan Rahmah dan beras adalah topik utama kami.

“Kita bincangkan harga dan kita minta penjual untuk menurunkan harga kepada harga yang sesuai untuk dijual pada Jualan Rahmah hujung minggu ini,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.