Brain rot dan doomscroll

Health & Fitness
12 May 2026 • 12:00 PM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: Brain rot dan doomscroll
Gambar: Public Health M'sia

Buka phone “sekejap” saja.

Sekali sedar, hampir sejam hilang.

Dari satu video ke satu video. Dari satu gosip ke satu gosip. Swipe, swipe, swipe sampai otak penat, tapi tangan masih mahu sambung.

Inilah yang orang sekarang panggil “brain rot”.

Ia bukan istilah perubatan rasmi, tetapi menggambarkan keadaan bila otak terlalu lama terdedah kepada kandungan pendek, laju dan sentiasa merangsang, sampai benda yang biasa dalam hidup mula terasa membosankan.

Nak baca panjang sikit, rasa berat.

Nak fokus buat kerja, asyik terganggu.

Nak tengok filem, 20 minit pun sudah gelisah.

Nak duduk diam tanpa skrin, rasa tak senang.

Lama-kelamaan, kita jadi semakin sukar beri perhatian pada perkara yang perlahan tetapi penting. Belajar, bekerja, berbual dengan orang, berehat dengan tenang, malah tidur pun boleh jadi makin susah.

Ini bukan bermaksud anda lemah atau malas. Banyak aplikasi memang direka untuk buat kita terus tengok, terus swipe, terus kembali. Otak pula mula terbiasa dengan rangsangan segera.

Sebab itu, kalau anda rasa fokus makin pendek, cepat bosan, susah siapkan kerja mudah, atau tak boleh berenggang dengan skrin, mungkin otak anda sedang minta rehat.

Kadang-kadang, otak kita bukan perlukan lebih banyak hiburan.

Ia cuma perlukan ruang untuk bertenang semula.

Jaga minda, sebelum dunia kecil di skrin perlahan-lahan mencuri perhatian anda daripada dunia sebenar.

#PublicHealthMalaysia #KesihatanMental #JagaMinda #DigitalWellbeing


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.