Brayent lancar single sulung Pason Di Minan

LocalEntertainment
5 Jan 2025 • 4:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

NICK Brayent Philip, yang lebih dikenali sebagai Brayent Philip berasal daripada Ranau, Sabah yang kini sedang membina namanya dalam dunia muzik Sabah muncul dengan single pertamanya yang bertajuk Pason Di Minan.

Pada usia 24 tahun, Brayent menunjukkan komitmen tinggi terhadap seni suara, dengan pelbagai aktiviti dan projek sedang dijalankan.

AdvertisementBrayent masih aktif dalam menghasilkan cover lagu-lagu Sabahan, yang menunjukkan kecintaannya terhadap muzik tradisional dan budaya tempatan.

Selain itu, Brayent juga menerima jemputan untuk menyanyikan di pelbagai acara, termasuk sebagai pengacara untuk majlis-majlis seperti pertunangan dan perkahwinan.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Kebolehannya dalam mengendalikan majlis menunjukkan bahawa dia bukan sahaja berbakat dalam menyanyi, tetapi juga sebagai pengacara dalam menyediakan suasana yang meriah untuk sebarang majlis.

Single pertama Brayent yang bertajuk Pason Di Minan dirakam pada bulan Ogos 2024 di Garage Home Studio, Kota Marudu.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Lagu ini diterbitkan pada bulan yang sama di saluran YouTube Meet Under 3, dan ditulis oleh Leng Diera, komposer yang juga terkenal dengan lagu Ragi Bujangan yang dinyanyikan oleh Leles Koronob juga salah seorang artis sosial media yang terkenal.

Lagu berentak Sumazau ini menceritakan tentang nasihat dari seorang isteri kepada suaminya agar berpada-pada dalam bersuka ria, atau dalam bahasa Sabahan, ’aramai tii.’

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Walaupun masih baru dan belum dikenali secara meluas, Brayent bersyukur dengan jumlah tontonan lagunya yang menunjukkan sambutan positif daripada pendengar.

Sama seperti banyak artis lain, Brayent telah melalui pengalaman pahit dan manis dalam perjalanan seni muziknya.

Walaupun kurang mendapat sokongan di awal penglibatan di dalam bidang seni daripada keluarga dan rakan-rakannya yang tidak begitu memahami minat dan impiannya dalam bidang nyanyian.

Namun, Brayent tidak membiarkan hal ini menghalang semangatnya untuk terus berusaha.

Sebaliknya, pengalaman manis yang dirasakannya termasuk mendapatkan pujian dari keluarga, rakan- rakan, dan pendengar yang memberikan dorongan untuk terus maju ke depan selepas melihat pencapaian beliau.

Brayent merasa bersyukur kerana dapat berinteraksi dengan artis-artis Sabah yang lebih senior di dalam industri hiburan. Pengalaman berharga ini memberikan dorongan serta tunjuk ajar yang amat bererti dalam proses pembelajarannya.

Brayent mengakui bahawa dia masih baru dalam industri muzik dan menyatakan bahawa banyak yang perlu diperbaiki.

Baginya, tidak adil untuk menggelarkan dirinya sebagai artis sepenuh masa, kerana dia masih dalam proses pembelajaran untuk meningkatkan kemahirannya dalam menyanyi.

Untuk projek terbaru, Brayent masih aktif dalam membuat cover content bersama kumpulan Meet Under 3 dan sedang merancang untuk menerbitkan single kedua pada tahun ini.

Dengan semangat yang tidak pernah pudar dan sokongan daripada orang terdekat serta pendengar, Brayent Philip berusaha untuk meneruskan karier muziknya dan berharap dapat memberikan yang terbaik melalui setiap karya yang dihasilkan.

Akhir kata, Brayent mengucapkan terima kasih kepada Harian Ekspres, dan juga Vie yang juga salah seorang AJK Persatuan Artis Tempatan Sabah (Pertisa) dan Setiausaha Kelab Rekreasi Artis Sabah (Keras) kerana memberi peluang kepada beliau untuk menceritakan kisah dunia seni-Nya kepada peminat dan orang di luar sana.