Brazil Juga Ingin Mewajibkan Penggunaan USB-C Pada Telefon Pintar

TechnologyDigital
29 Jun 2022 • 9:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Pengecas Wayar

Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) bersetuju menyeragamkan penggunaan port USB-C pada peranti elektronik bagi tujuan pengecasan. Ini akan memudahkan pengguna untuk melakukan pengecasan dan tidak perlu menghasilkan lambakan sisa elektronik kerana pengecas lama tidak lagi boleh dipakai. Ini membuka pintu kepada iPhone dengan USB-C bermula 2025.

image is not available

Selain EU, Brazil juga ingin mengambil langkah yang sama dengan menyeragamkan penggunaan USB-C pada telefon pintar sahaja. Agensi Telekomunikasi Nasional Brazil (Anatel) mengaku langkah ini diambil selepas melihat apa yang telah dilakukan oleh EU. Langkah untuk menyeragamkan penggunaan USB-C juga sudah dimulakan oleh beberapa senator di Amerika Syarikat.

Melihat kepada perkembangan baharu ini, Apple tidak lagi mempunyai alasan untuk terus menggunakan Lightning yang bukan sahaja tidak seragam tetapi tidak menyokong protokol USB yang lebih pantas untuk pemindahan data.