Senator Amerika Turut Ingin Apple Menggunakan USB-C Pada iPhone

TechnologyDigital
20 Jun 2022 • 9:32 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Apple perlu menggunakan port USB-C pada iPhone oleh Kesatuan Eropah (EU) bermula 2024. Ini adalah sebahagian daripada usaha EU untuk menyeragamkan penggunaan port pengecasan yang sama pada kesemua peranti elektronik termasuk telefon pintar, tablet, fon kepala dan komputer riba.

image is not available

Kini Edward J. Markey dan Elizabeth Warren, dua orang senator di Amerika Syarikat ingin Apple turut menggunakan USB-C pada iPhone di negara tersebut.Surut dihantar oleh senator-senator ini kepada Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat supaya penyeragaman turut dilakukan di A.S bagi mengurangkan sampah elektronik, meningkatkan kos kepada pengguna dan memudahkan pembelian peranti di masa hadapan.