Brazil kembali Ke Dunia Perlumbaan Motorsikal Dunia.

31 Jul 2025 • 6:26 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

MotoGP akan kembali ke Brazil pada tahun 2026, menandakan kemunculan semula Grand Prix Brazil selepas kali terakhir dianjurkan pada 2004. Sebelum itu perlumbaan turut berlangsung di Litar Jacarepagua, Rio de Janeiro antara 1995 hingga 1999. Nama besar yang sinonim dengan era tersebut ialah Alex Barros legenda MotoGP Brazil yang mencatat enam kemenangan Grand Prix sepanjang kariernya dan menjadi inspirasi utama generasi baharu pelumba Brazil.

Edisi 2026 bakal berlangsung di Rio Motorpark, sebuah litar moden yang sedang dibina di Deodoro, Rio de Janeiro. Ia merupakan usaha serius kerajaan Brazil bersama promoter antarabangsa untuk mengembalikan negara itu ke pentas perlumbaan motosikal dunia.

Dalam masa yang sama, Brazil juga sedang membina pelumba tempatan untuk masa depan. Diogo Moreira pelumba Moto2 yang kini semakin menyerlah merupakan wajah baharu harapan negara. Usaha pembangunan bakat melalui program sokongan kerajaan dan pelaburan dari pihak swasta memberi laluan kepada pelumba seperti Moreira untuk menembusi kelas MotoGP suatu hari nanti.

Penyertaan semula Brazil dalam kalendar MotoGP bukan sahaja penting dari sudut perlumbaan tetapi juga sebagai lonjakan semangat buat peminat dan bakat permotoran di Amerika Selatan.