Brazil Umum 3 Hari Berkabung Susulan Kematian Pele

30 Dec 2022 • 11:03 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Penghormatan terakhir untuk Pele akan berlangsung pada Isnin sehingga 10 pagi Selasa, menurut portal berita Brazil G1 - Gambar Fail

BUENOS AIRES (Argentina) -  Brazil mengisytiharkan tempoh berkabung tiga hari berikutan kematian legenda bola sepak Brazil, Pele pada Khamis.

“Tempoh berkabung itu bermula dari tarikh penerbitan Dekri ini sebagai tanda kesedihan atas kematian Edson Arantes do Nascimento, Pele, bekas pemain bola sepak,” lapor Anadolu Agensi memetik dekri yang ditandatangani Presiden Jair Bolsonaro.

Bolsonaro menerusi ciapan di Twitter berkata Pele membawa nama Brazil di persada dunia menerusi bola sepak dan mengubah sukan itu menjadi kesenian dan kegembiraan.

Penghormatan terakhir untuk Pele akan berlangsung pada Isnin sehingga 10 pagi Selasa, menurut portal berita Brazil G1.

Orang ramai dibenarkan untuk melakukan penghormatan terakhir dalam tempoh itu.

Ikon bola sepak itu akan dikebumikan pada 3 Januari di Memorial Necropole Ecumenica.

Pencapaian "Raja Bola Sepak" belum dapat ditandingi kerana Pele adalah satu-satunya pemain bola sepak yang menjulang Piala Dunia sebanyak tiga kali pada 1958, 1962 dan 1970. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved