‘Break Dance’ Sampai Terkangkang, Netizen Malu Tengok Aksi Over Kak Lina

Entertainment
20 Jun 2023 • 2:41 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tak dinafikan, penyanyi Elly Mazlein merupakan salah seorang pengacara yang sedang meningkat naik kini.

Aksinya yang bersahaja dan kelakar membuatkan ramai yang terhibur sehingga ada yang mengaku mereka menonton Big Stage 2023 hanya kerana pengacaranya.

Terbaru, tular di media sosial sisi kamera lain memaparkan Kak Lina menari sambil terbaring seperti tarian break dance.

Aksi itu dipercayai dibuat selepas sketsa dengan Rina Nose kononnya dia tersingkir daripada program itu.

image is not available

Bagaimanapun, ramai warganet berpendapat kelakuan Kak Lina kali ini agak keterlaluan dan nampak seperti try hard untuk menjadi kelakar.

image is not available

image is not available

Malah, segelintir wanita mengakui berasa malu selepas menonton aksinya itu selain turut bersimpati dengan suami Kak Lina.

Tak kurang juga yang mempertahankan Elly Mazlein berkata tugas sebagai seorang penghibur bukannya mudah. Kadang-kadang dekat set je automatik in character kan?

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.