Giliran Nadia Annuar Pula Tanggal Hijab Di Hari Lahir Yang ke 39, Netizen Sudah Duga Dari Awal 

29 May 2023 • 4:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Nadia Annuar - Gambar dari Instagram @𝓝𝓪𝓭𝓲𝓪 𝓐𝓷𝓷𝓾𝓪𝓻

Pengacara jelita, Nadia Annuar telah membuat keputusan untuk tidak lagi memakai hijab sempena dengan sambutan hari lahirnya yang ke-39.

Nadia yang merupakan anak kepada usahawan terkenal, Kak Ton ini telah memuat naik fotonya yang tidak lagi berhijab di Instagram.

image is not available

“Alhamdulillah, meningkat lagi usia. Apa yang kita fikir boleh jadi kekuatan kita boleh juga bertukar menjadi kelemahan. Saya telah melalui macam-macam perkara beberapa tahun kebelakangan ini. 

“Saya perlu mengambil keputusan sama ada yang baik mahupun yang buruk. Saya harap Allah akan terus memberikan saya kekuatan untuk menjalani kehidupan dengan cara yang Dia kehendaki untuk saya,” tulisnya.

image is not available
Nadia Annuar

Sementara itu di bahagian komen ramai netizen yang meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan Nadia.

Ada di antara mereka yang sudah dapat menduga bahawa Nadia akan mengambil keputusan untuk menanggalkan hijabnya berikutan sebelum ini dia sering memakai tudung dengan menampakkan sebahagian daripada rambutnya. 

image is not available

Trend buka tudung di kalangan selebriti Malaysia bukanlah perkara baru. Sebelum ini selebriti popular seperti Emma Maembong, Uqasha Senrose, Alya Iman, Zizie Izette juga pernah melakukan hal yang sama. Dan kesemua mereka turut menerima kecaman hebat daripada netizen. – Getaran, 29 Mei 2023